#REVIEW IKIGAI -Sebuah buku kecil Ikigai (Cara Yang Penting Orang Jepun Untuk Mencari Tujuan Anda Dalam Kehidupan) daripada Ken Mogi

Assalamualaikum kepada semua. Alhamdulillah kepada Ilahi kerana memberi kesempatan untukku teruskan perjuangan pada tahun 2018. Semoga ia adalah tahun yang memberi rahmat kepada kita semua, Amiin. Sekejap masa berlalu, tamat jua semester 3 dalam pengajianku. Ianya adalah satu perjalanan yang amat mengagumkan. Terima kasih kepada sesiapa yang membantuku sepanjang pengajian semester 3. Baiklah, memandangkan cuti semester telah bermula untukku. Adalah, sedikit kesempatan untuk kongsi apa sahaja yang tercetus diminda semasa kesibukkan kerja melanda. Dan untuk kali ini, kita akan memahami prinsip hidup orang Jepun lama. Iaitu Ikigai~

featured picture.jpg
Muka depan Buku Ikigai: The Japanese Secret to a Long and Happy Life by Héctor García and Francesc Miralles 

Istilah Ikigai mempunyai dua maksud bahasa Jepun:

Ikigai.001.jpeg

Ikigai.002.jpeg

Ikigai.003.jpeg

Buat pertama kali, Iqbal cuba buat #Review tentang buku pula yang bertajuk The Little Book of Ikigai (The Essential Japanese Way To Finding Your Purpose In Life) by Ken Mogi. Dalam Bahasa Melayunya, Sebuah buku kecil Ikigai (Cara Yang Penting Orang Jepun Untuk Mencari Tujuan Anda Dalam Kehidupan) daripada Ken Mogi keluaran Quercus.

IMG_20171230_220054.jpg
Buku Ikigai daripada Ken Mogi

Buku ini menarik perhatian Iqbal masa beli di Popular (Tak ingat dah dimana), masa tu ada dua sahaja. Apa lagi, beli! Hahaa. Sebenarnya Iqbal dah lama cari buku tentang budaya Jepun dan Alhamdulillah Iqbal dapat sebahagian daripadanya. Muka depan dia memang comel dan kertas dia istimewa, bau komik lagi. Baiklah, balik kepada tajuk kita, dalam buku ni banyak cerita dan contoh untuk menyokong Ikigai. Daripada kecil sehingga la besar, kita nampak budaya Orang Jepun amat beretika dalam apa jua mereka lakukan. Apakah rahsianya? Semestinya Ikigai mereka sendiri.

Dalam buku ini menceritakan secara ringkas, makna Ikigai untuk membentuk diri dalam masyarakat. Ken Mogi pecahkan kepada 5 tiang utama, sebagai teras dalam ikigai (Atau sebagai Pengenalan Ikigai). Iaitu;

 

Tiang 1: Bermula secara kecilan [Starting Small]

Tiang 2: Luahkan isi dalam Diri (Itqan : Bersungguh-Sungguh) [Realising Yourself]

Tiang 3: Keharmonian dan Kemampanan [Harmony and Sustainability]

Tiang 4: Kebahagiaan terhadap sesuatu benda yang Kecil (Kepuasan) [The joy of little things]

Tiang 5: Kewujudan Diri Disini dan Sekarang [Being in the Here and Now]

Apa perasaan anda bila baca Teras ikigai tu? Rasa macam ketinggalan terhadap sesuatu kan? Hahaa. Itulah Psikologi sebenarnya.

Iqbal akan cerita secara ringkas, melalui apa yang Iqbal faham (Tak ada Spoiler kali ini, In sha Allah). Dalam Ikigai. Segalanya Bermula secara kecil-kecilan, seperti mengemas bilik, memasak, melukis, ataupun membaca buku. Pendek kata, jadikan sesuatu benda yang kita suka (Orang Muslim kena tahu dulu Syariat Agama adakah boleh atau dilarang?) sebagai Habit (Lakukannya setiap hari). Kan pepatah melayu ada mengatakan, “Sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi Bukit”. Kalau kita menyelami hidup orang Jepun kita dapat lihat, Pagi mereka pergi kerja, petang pergi kelas Hobi atau berjogging dan malam luangkan masa bersama keluarga. Sekali pandang, macam bosankan? Kalau pelajar pula, Pagi (sekolah) petang dan malam (Sukan/Tuisyen), hujung minggu melakukan hobi/berjalan/bercuti sama ada bersama kawan atau keluarga. Contoh lain, ada keluarga yang bergenerasi melakukan kraf tangan dan mereka merupakan keluarga yang paling termasyur terhadap Kraf tangan yang mereka cipta. Stress itu memang pasti, tetapi kebanyakkannya boleh tempuh dan Negara Jepun antara rakyat tua teramai didunia. Haa, hebatkan? Haha. Jadikan, sesuatu benda yang kita suka secara kecil-kecilan, lama-lama kita jatuh cinta. In sha Allah ❤️ Mula jangan tak mula!!

Cerita kisah Jiro Uno, Terkenal dalam pembuatan Sushi. Antara contoh, Ikigai yang paling Hebat~

Bila dah jadikan sesuatu benda tu sebagai rutin, jangan pula “Hangat-hangat tahi ayam” hilang pula Kesungguhan atau Luahkan Isi dalam Diri. Dalam masyarakat Jepun, kita dapat lihat mereka mengambil prinsip ini sebagai suatu benda yang penting dalam hidup mereka! Tengok kereta api peluru tu pun dah cukup (Shinkansen), ataupun tengok sistem kereta api Jepun. Tidak pernah hilang walaupun sesaat kereta api muncul di stesen tepat pada waktu. Itulah yang kita mahukan, melakukan sesuatu kerja secara bersungguh-sungguh dan semestinya ikhlas. Baru la kualiti kerja mantap! Iqbal cuba guna prinsip ni masa buat kerja studi, Alhamdulillah Iqbal terus jatuh cinta. Stress tu hilang lepas kerja tu SIAP! Hee. Lakukan kerja anda secara ITQAN! Teruskan Perjuangan! 💪🏻

Contoh, yang Iqbal katakan sebentar tadi~

Sebentar!? Jadi, Ikigai tu boleh buat sendiri kan? Tidak sama sekali, kerana Ikigai ini boleh dicapai bila ada geng (Rakan seperjuangan). Tak salah pun, buat sesuatu benda tu seorang. Tetapi kena ingat bahawa, Idea anda itu tidak berkembang. Sebab itu Islam menyelarasakan untuk kita hidup secara bermasyarakat, khususnya selalu ke Masjid (Kerana disitu wujudnya orang yang soleh dan baik). Bila kita ada geng, baru la tercapai Keharmonian dan kemampanan terhadap kerja yang kita lakukan. Dalam dunia ini, tidak ada benda yang kita hanya boleh buat sendiri. Dalam peracangan bandar dan Wilayah pun memerlukan rakyat sebagai tanda aras sebuah pembangunan. Pendekkan kata bagi prinsip ketiga ini, kita dapat lihat bahawa kita kena lakukan kerja itu secara berkumpulan, kerana mempunyai kumpulan yang hebat kita mampu berjuang dan lebih bersemangat sebenarnya. Sebagai contoh, Steve Jobs (Mempunyai Idea yang hebat iaitu MacOs) tetapi bukan beliau yang buat MacOs, tetapi kumpulan dia yang menciptanya berdasarkan idea ketua mereka Steve Jobs. Dan kini terhasillah Laptop atau Syarikat Apple! Hebat bukan? Dalam kata lain, bila kita ada semangat kita kena bersatu untuk mencapai impian yang kita ingin kecapi dan mencari rakan seperjuangan yang mempunyai impian yang sama. In sha Allah kita mampu berjaya di dunia malah di akhirat. Aminn~

Contoh lain untuk menyokong prinsip Ketiga –Keharmonian dan kemampanan

Selain itu, bila kita dah lakukan kerja yang kita suka sedikit demi sedikit, bersungguh-sungguh dan ikhlas, dan jumpa geng atau rakan seperjuangan. Kita kenalah Hargai apa yang telah kita lakukan. Tiang keempat menceritakan Kebahagiaan terhadap sesuatu benda yang Kecil (Kepuasan). Kita boleh ambil contoh cerita Jiro Uno sebentar tadi, beliau buat sushi Hari demi hari dan hasilnya beliau buat sushi yang paling meletop Malah terkenal didunia. Beliau hargai setiap elemen sushi yang beliau lakukan dan hidangkan kepada pelanggan yang paling berkualiti. Orang tua kita pun selalu kata, buat ja lama-lama suka la. Jadi, dari mana kebahagiaan itu wujud? Ia dalam diri anda, jadi cari la! Ada orang suka lukis bangunan dan hasilnya dia rasa puas dengan lukisan yang dia lakukan. Itulah maksud sebenarnya yang hanya diketahui bila kita yang buat. Macam Hidayah (Yakin daripada Allah Swt) pun boleh juga. Yang penting, buat sesuatu benda dengan niat yang betul ok? Hee~ 💎

Tiang terakhir sekali ikigai yang dimaksudkan oleh Ken Mogi ialah, Kewujudan Diri Disini dan Sekarang. Daripada ayat yang kita baca tidak sampai seminit yang lalu, kita kena sedar terhadap apa yang kita lakukan. Kenapa pula ni? Baiklah, dalam masyarakat kini, kita dapat lihat bahawa, ramai orang bekerja hanya kerana Wang? Dan itu memang pasti. Masa kita buat kerja tu, adakah kita sedar bahawa kita yang buat benda itu? Atau semata-mata untuk Duit itu sahaja? Kita kena tahu sebenarnya kerana kadang-kadang kita lupa terhadap apa yang kita impikan. In sha Allah kita akan sentiasa dilindungi.. Yang penting betulkan NIAT apabila kita Lupa / Lalai.

Jadi, ada dapat sesuatu tak? Alhamdulillah, seronok sebenarnya bila baca buku dan kongsikan kepada semua yang membaca. Harap ianya bermanfaat dan fokus kembali terhadap apa yang kita impian. Beli la buku ini, anda tidak akan menyesal. Carilah ikigai anda dalam kehidupan, In sha Allah kita dapat mencapai kejayaan didunia malah diakhirat. Aminn. Sehinga kita berjumpa lagi..

Ikigai-card.png
Cari Ikigai Anda ❤️

Terima kasih kerana membaca 😊

Rujukan:

  1. http://www.wallpapermania.eu/wallpaper/cold-waterfall-in-the-nature-hd-wallpaper
  2. http://www.superiorwallpapers.com/nature
  3. https://www.weforum.org/agenda/2017/08/is-this-japanese-concept-the-secret-to-a-long-life/
  4. https://alyjuma.com/ikigai/
  5. http://www.signature-reads.com/2017/09/ikigai-city-living-village-longevity/
  6. https://www.hdwallpapers.in/mount_fuji_japan_highest_mountain-wallpapers.html
  7. https://en.wikipedia.org/wiki/Ken_Mogi (Penulis)
  8. https://www.youtube.com/watch?v=Dt5v219P5Y8 (Japan Train Time-Shinjuku Station)
  9. https://www.youtube.com/watch?v=Q3Ve7ec1HpY (Jiro Dream Of Sushi)
  10. https://www.youtube.com/watch?v=q9LYXQihOFY (MRT Malaysia -A catalyst for Transformation)

Nota: Untuk pengetahuan semua, Review ini bukan sebuah Tajaan dari mana-2 pihak. Ianya hanya sekadar pendidikan dan ingin berkongsi kepada semua. Segalanya Milik Ken Mogi dan Quercus Terima kasih~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s